KITA BOLEH!

TAWARAN HARAPAN PRU15

HARAPAN berazam untuk membina semula Malaysia setelah dibelenggu pelbagai krisis termasuk kemelut kesihatan, pekerjaan, makanan, dan pendidikan.

Selama lebih 30 bulan pentadbiran Barisan Nasional dan Perikatan Nasional, kepincangan dasar dan kepimpinan mereka telah membebankan rakyat, mengabaikan cabaran generasi yang tercicir (lost generation) sementara kesenjangan masyarakat, dan krisis iklim kian meruncing.

Visi HARAPAN adalah untuk membangunkan Malaysia yang lebih mampan, sejahtera, berdaya cipta, berteraskan nilai hormat dan ihsan (MADANI).

Tawaran HARAPAN menggariskan tekad kami dalam menggembleng tenaga sesama penggerak perubahan demi melakar masa depan yang lebih cerah untuk semua rakyat Malaysia bagi mencapai tiga matlamat berikut:

  1. Kita Boleh Menjamin Kesejahteraan Rakyat – Menjana pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan mampan demi kesejahteraan yang holistik buat rakyat.
  2. Kita Boleh Mewujudkan Pentadbiran Beramanah – Memulihkan keyakinan dan mewujudkan kepercayaan yang menyeluruh antara rakyat dengan kerajaan.
  3. Kita Boleh Mempersiap Negara untuk Masa Hadapan – Memperkasa rakyat untuk menghadapi cabaran perubahan iklim, perpaduan kaum, reformasi pendidikan serta kerancakan daya cipta

Kita boleh bina Malaysia buat Generasi Baru dan mengecapi kemenangan bersama sekali lagi demi tanah air kita!

#KitaBoleh #MalaysiaBangkit

Menangani Isu Kos Sara Hidup

Jaminan Keselamatan Makanan 

Membasmi Kemiskinan 

Menjamin Kebajikan Pekerja

Kediaman Harapan Untuk Rakyat 

Memperkasa Peluang Ekonomi Belia

Belia Harapan Negara

Menaik Taraf Bidang Teknikal dan Vokasional (TVET)

Ekonomi Manusiawi

Menjamin Kesejahteraan Kanak-Kanak 

Memantapkan Pembangunan Wanita dan Institusi Keluarga 

Hidup Selesa di Usia Emas

Membela Nasib Orang Kurang Upaya (OKU)

Memerangi Rasuah

Mengukuhkan Integriti Institusi

Memperkasa Sistem Demokrasi dan Kuasa Rakyat

Menjamin Kebebasan Media dan Hak Bersuara

Reformasi Kesihatan

Meningkatkan Capaian Internet 

Meningkatkan Liputan Pengangkutan Awam

Reformasi Pendidikan

Ketahanan Bencana

Pemeliharaan Alam Sekitar 

Ekonomi MADANI

Merancakkan Perindustrian

Memperkasa PMKS(MSME) & Usahawan

Memacu Ekonomi Sukan

Pembangunan Industri Kreatif dan Budaya Negara 

Menjamin Kesejahteraan dan Daya Saing Rakyat Malaysia

Membela Nasib Orang Asal (Sabah & Sarawak dan Semenanjung Malaysia)

Merapatkan Jurang Pembangunan Wilayah Sabah, Sarawak, dan Semenanjung

Memperkasakan Wilayah Sabah & Sarawak menerusi pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963

Desentralisasi Kuasa kepada Wilayah Sabah & Sarawak 

Menyelesaikan Pelbagai Isu Kebanjiran Warga Asing di Sabah

Mencipta Peluang Pekerjaan dan Menarik Pelaburan di Sabah & Sarawak

Demokrasi, Ketelusan Dan Keterlibatan Dalam Semua Peringkat Kerajaan

Pendigitalan Kerajaan: Perkasa Penyampaian Perkhidmatan Dan Kurangkan Beban Penjawat Awam

Keselamatan Negara

Malaysia Gemilang Di Persada Dunia