Ekonomi Manusiawi

Mengikut takrifan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan peratusan penduduk berumur 65 tahun dan ke atas melebihi 7%, negara kita kini tergolong sebagai negara menua (ageing nation). Mengikut trajektori kadar kelahiran kasar, kadar kesuburan dan kadar kematian kasar, Malaysia diunjurkan bakal menjadi negara tua menjelang tahun 2045, dimana lebih 17% warga Malaysia berumur 80 tahun ke atas.

Keperluan penjagaan sudah pastinya akan meningkat mendadak dengan peningkatan peratusan populasi menua. HARAPAN berpandangan jauh dan oleh demikian kami akan menyuntik sejumlah pelaburan awam serta menggalakkan pelaburan swasta ke atas sektor perkhidmatan dan prasarana penjagaan, serta sistem perlindungan sosial yang lebih inklusif dan komprehensif.

Kita boleh bersedia menghadapi realiti negara tua dengan Pelan Kesiagaan Ekonomi Penjagaan dan Masyarakat Menua Nasional- SiagaJaga (National Care Economy and Aging Community Preparedness Plan).

Sektor Penjagaan Profesional

Memprofesionalkan sektor penjagaan supaya ia diberi tahap dan darjat penghormatan yang tidak kurang daripada sektor-sektor kesihatan berkepakaran yang lain seperti kejururawatan, fisioterapi. Pembinaan kapasiti dan latihan untuk mencapai Nisbah Sokongan Penjaga (Caregiver Support Ratio-CgSR) yang setimpal dengan negara tua menjelang 2035.

Institusi Bantuan Dan Elaun Penjaga

Menginstitusikan bantuan dan elaun penjaga bagi golongan yang terpaksa berhenti kerja kerana diperlukan untuk memenuhi kewajiban menjaga anggota keluarga yang ditimpa musibah

Mobile Care

Perkhidmatan Penjagaan Bergerak (Mobile care) – Menggabungkan agenda penjagaan di tempat kediaman (in-situ) bagi golongan yang kehilangan kapasiti.

Fasiliti Penjagaan Sehenti

Fasiliti penjagaan sehenti juga akan dijadikan syarat pembangunan mengikut nisbah penduduk sepertimana taman permainan dan tempat ibadat adalah sebahagian daripada syarat perancangan pembangunan.

Insentif Institusi Kekeluargaan

Memperkasakan institusi kekeluargaan dengan menggalakkan melalui insentif kepada keluarga yang berkediaman bersama warga emas.

Intervensi Strategik

Bagi golongan miskin bandar dan penduduk di kawasan terpencil, intervensi strategik untuk menyelaraskan kerjasama antara agensi dan institusi perkhidmatan kesihatan awam primer, penjaga sukarelawan, penjaga lapangan bertauliah, pihak berkuasa tempatan dan NGO.

Kolaborasi juga merangkumi pemimpin masyarakat, institusi akademik, sektor swasta bagi membudayakan pemeriksaan kesihatan berkala serta penyampaian perkhidmatan penjagaan bergerak.

Kongsi Artikel Ini: