Merapatkan Jurang Pembangunan Wilayah Sabah, Sarawak, dan Semenanjung

Pembangunan Wilayah Sabah dan Sarawak masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan wilayah Semenanjung.

HARAPAN akan berusaha untuk merapatkan jurang pembangunan antara Wilayah Sabah dan Sarawak dengan Wilayah Semenanjung. Aspek pembangunan bakat dan peningkatan akses kesihatan akan menjadi teras kepada pelaksanaan ini.

Majlis Penyelarasan Pentadbiran Negara

Menubuhkan Majlis Penyelarasan Pentadbiran Negara melibatkan agensi yang beroperasi secara autonomi bagi wilayah Sabah, Sarawak, dan Semenanjung

Timbalan Perdana Menteri Sabah & Sarawak

Untuk memudahcara urus tadbir Majlis tersebut, dua (2) Timbalan Perdana Menteri akan dilantik. Seorang dari wilayah Sabah dan Sarawak dan seorang dari wilayah Semenanjung.

Akses Khidmat Kesihatan Pakar

Meluaskan liputan perkhidmatan perubatan pakar seperti Unit Jantung dan Unit Kanser ke hospital-hospital umum di kawasan berkepadatan tinggi lain terutamanya Sandakan dan Tawau di bahagian timur Sabah dan kawasan tengah dan utara Sarawak.

Pendidikan Tinggi & TVET

Dua Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) baru akan dibina di Sabah & Sarawak dan integrasi pendidikan TVET akan diperkasa. Inisiatif ini akan menjadi pemangkin kepada usaha untuk menarik lebih ramai pengajar berbakat dan melatih lebih ramai anak Sabah & Sarawak yang layak untuk memasuki pendidikan tinggi. Dalam masa yang sama membina lebih banyak peluang pekerjaan dan pendidikan kepada wilayah Sabah & Sarawak.

Kongsi Artikel Ini: