Desentralisasi Kuasa kepada Wilayah Sabah & Sarawak 

Pembuatan keputusan mengenai perkara penting lazimnya berpusat. Polisi-polisi yang diterbitkan seringkali tersasar daripada keperluan demografi wilayah Sabah dan Sarawak. Amalan ini perlu diubah dan caranya adalah melalui desentralisasi kuasa di peringkat akar umbi dan perjawatan awam.

Autonomi Pendidikan & Kesihatan

Memperkasa peranan Kerajaan Wilayah dalam bidang Pendidikan dan Kesihatan menerusi pindaan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan kepada Senarai Bersama, untuk mempertingkat peranan dalam perkara seperti:

  1. Naik taraf sekolah-sekolah daif
  2. Memastikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa-bahasa Etnik diperluas seperti Kadazandusun, Bajau, Murut, Iban dan lain-lain secara konsisten setiap tahun.
  3. Mewujudkan Fakulti Undang-undang di universiti awam Sabah
  4. Menambah baik kemudahan makmal kesihatan

Menyerahkan Urus Tadbir Bekalan Elektrik

Menyerahkan urus tadbir Sabah Electricity Sdn. Bhd mengikut terma yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung

Memperkasa institusi akar umbi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung menerusi proses pendemokrasian dan saluran peruntukan terus daripada kerajaan persekutuan. Jawatan Setiausaha akan dilantik daripada kalangan penjawat awam.

Perjawatan Anak Negeri

Polisi Borneonisasi iaitu 70% dalam perjawatan semua agensi pusat dan negeri untuk anak-anak Sabah dan Sarawak yang layak, terutamanya peringkat atasan.

Kongsi Artikel Ini: