Pendigitalan Kerajaan: Perkasa Penyampaian Perkhidmatan Dan Kurangkan Beban Penjawat Awam

Pada zaman ‘data lebih berharga dari minyak’ dalam dunia digital hari ini, kerajaan Malaysia di bawah Barisan Nasional masih berada di bawah tempurung ‘kerajaan tahu segalanya’ (government knows best). Budaya pentadbiran sedemikian bukan sahaja ketinggalan zaman tetapi juga menjejaskan kepercayaan orang awam (public trust) serta keyakinan pelabur (inventor’s confidence) terhadap Malaysia.

Falsafah HARAPAN adalah berbeza. Hala tuju dasar yang baru harus memberi keutamaan kepada data terbuka (open data as default), digital by design, pentadbiran terbuka (open government) dan ketelusan untuk membina sektor perkhidmatan awam yang berpandukan data (data-driven public sector).

Akses Untuk Semua

Akses kepada keseluruhan pentadbiran melalui telefon pintar. Usaha perlu digembleng untuk semua perkhidmatan kaunter (JPJ, Imigresen dan lain-lain) agar rakyat boleh mendapat perkhidmatan kerajaan yang mudah tanpa perlu beratur panjang.

Penyelarasan Perkhidmatan Awam

Menyelaras SOP perkhidmatan awam yang bertindih atau berlebihan dengan matlamat mengurangkan beban tugas penjawat awam. Langkah ini juga akan memudahkan rakyat dalam berurusan dengan jabatan kerajaan.

Kongsi Artikel Ini: