Menyelesaikan Pelbagai Isu Kebanjiran Warga Asing di Sabah

Sempadan yang poros mendedahkan Sabah kepada kemasukan warga asing ke wilayah ini. Kebanjiran warga asing tanpa dokumen yang berleluasa boleh menjurus kepada masalah sosioekonomi yang akan menjejaskan pembangunan wilayah Sabah secara keseluruhan. Justeru satu pelan tindakan bersepadu diperlukan bagi mencari penyelesaian tuntas terhadap permasalahan ini.

HARAPAN memperakui hakikat bahawa terdapat empat (4) kategori utama dalam masalah kebanjiran warga asing di Sabah iaitu:

  1. Pemegang kad pengenalan (MyKad) yang meragukan;
  2. Pelarian Perang Filipina (Refugees);
  3. Orang Tanpa Kerakyatan (Stateless) dan;
  4. Pendatang Tanpa Izin (PTI).

HARAPAN berpandangan perlunya penubuhan satu Pasukan Petugas Khas melibatkan agensi berkaitan bagi mencari jalan penyelesaian tuntas yang relevan dengan isu masing-masing.

Kongsi Artikel Ini: