Menjamin Kebajikan Pekerja

Pandemik COVID-19 menyaksikan perubahan besar dalam sektor tenaga kerja. Ada yang terpaksa berhijrah ke pekerjaan baharu dan ada yang tidak bernasib baik sehingga hilang pekerjaan. Kadar pengangguran mencatatkan lonjakan dari 3.3% pada tahun 2019 ke 4.6% pada tahun 2021. Tanpa pekerjaan, rakyat tiada pendapatan dan kerancakan ekonomi negara boleh terjejas.

HARAPAN bertekad untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dalam era pasca pandemik, agar rakyat Malaysia dapat kembali mencari rezeki. Pada masa sama, tumpuan juga akan diberikan dalam menjamin kebajikan pekerja dengan pelaksanaan gaji minimum, skim perlindungan dan kekangan ke atas amalan berbentuk diskriminasi di tempat kerja.

Dasar Gaji Minimum

Pelan dasar gaji minimum yang tersusun bagi mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi. Pelan ini perlu dilaksanakan dengan sokongan yang tersusun bagi memastikan ketersediaan semua pihak.

Menangani Halangan Diskriminasi

Dalam membina Malaysia yang lebih harmoni, halangan berbentuk diskriminasi perlu dicantas. Ianya tidak terhad kepada diskriminasi dari segi kaum, agama, jantina, keupayaan fizikal dan mental tetapi juga perlu merangkumi jurang pendapatan antara jantina.

Jaminan Keselamatan Sosial

Untuk memenuhi keperluan konsep pekerjaan baharu contohnya ekonomi gig, jaminan keselamatan sosial akan diwujudkan bagi melindungi kebajikan pekerja gig. Ini meliputi penubuhan badan kawal selia, kontrak perjanjian, skim insurans hayat percuma dengan pampasan khairat kematian sebanyak RM     10,000 untuk 6 juta pekerja gig.

Elaun Khas Kehilangan Pekerjaan

Memperluas elaun khas kepada golongan yang hilang pekerjaan kepada pekerja kontrak selagi mereka masih aktif mencari pekerjaan baharu.

Menangani Kemiskinan Persaraan

Bagi mengelak krisis kemiskinan dalam persaraan (85% warga emas dalam golongan B60), usaha awal perlu dibuat untuk menambah simpanan hari tua. Kita boleh memperkenalkan pendaftaran automatik akaun KWSP tanpa mengira umur, pemerkasaan I-saraan termasuk insentif pemula untuk caruman sukarela kali pertama dan membenarkan caruman pihak ketiga bagi menggalakkan ibu bapa memulakan tabungan untuk anak-anak.

Kongsi Artikel Ini: