Kediaman Harapan Untuk Rakyat 

Ketiadaan tempat berteduh masih menjadi satu rintangan besar buat rakyat. Setiap dari kita memerlukan rumah kediaman bagi membina kehidupan dan keluarga yang bahagia.

Memastikan wujudnya rumah mampu milik dan mampu sewa yang berkualiti dan lengkap adalah sebahagian dari komitmen HARAPAN dalam membina Malaysia yang lebih baik. Kami akan berusaha untuk menyediakan rumah yang menepati rekabentuk sejagat (Universal Design), merangka dasar dan mewujudkan akses pemilikan bagi menjayakan cita untuk menyediakan tempat berteduh kepada rakyat.

Mampu Milik, Mampu Sewa

Penyediaan rumah mampu milik, mampu sewa, kos rendah dan kos sederhana yang cukup di lokaliti yang memerlukan. Kami akan memperbanyakkan skim rent-2-own (sewa untuk beli) untuk rakyat yang ingin membeli dengan cara sewa dan memperbanyakkan rumah transit di kawasan strategik.

JaminPinjam

HARAPAN akan memperkenalkan semula dana RM3 bilion untuk menjamin pembiayaan rumah bagi pembeli rumah pertama membeli rumah mampu milik.

Peluang Pemilikan

Untuk penyewa Program Perumahan Rakyat (PPR), peluang akan diwujudkan untuk mereka memiliki rumah tersebut bagi memastikan golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman harapan mereka sendiri.

Tribunal Khas Perumahan

Bertujuan melindungi hak dan kepentingan setiap pemilik rumah dan penyewa. Kami komited untuk meluaskan peranan tribunal bagi merangkumi kepentingan penyewa.

Ambil Alih Selenggara

Kebanyakan pangsapuri kos rendah berdepan pelbagai masalah akibat penyelenggaraan yang tidak cekap. Bagi memastikan setiap rumah kekal menjadi syurga kepada pemiliknya, kami akan mengambil alih penyelenggaraan bagi membantu mewujudkan persekitaran kediaman yang berkualiti dan selamat.

Pengecualian Duti Setem 100%

HARAPAN akan memperluaskan pengecualian duit setem 100% untuk pemilik rumah kali pertama bagi hartanah di bawah RM500,000 agar merangkumi pemilikan unit subjualan.

Kongsi Artikel Ini: