Ekonomi MADANI

Pilihan raya kali ini adalah mengenai krisis sara hidup dan perubahan iklim yang mencemaskan. Sama ada kita bersedia atau tidak, kita berada di ambang perubahan yang tidak dapat dihalang. Secara radikal, mahu atau tidak kita harus meningkatkan taraf hidup dengan mengubah ekonomi kita menjadi ekonomi rendah karbon yang kaya dengan pekerjaan yang lebih adil dan demokratik.

Revolusi industri hijau ataupun Ekonomi Madani bukan sahaja akan memberikan penambahbaikan buat kehidupan semua tetapi juga menawarkan tawaran buat ekonomi yang lebih saksama, yang melindungi alam sekitar, mengekang kuasa korporat, menghidupkan semula demokrasi, menyatukan masyarakat dan membina perpaduan serta menjanjikan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua.

Tenaga Boleh Diperbaharui

Meningkatkan pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui untuk mencapai sasaran 50 peratus daripada campuran jumlah bekalan tenaga utama (TPES) negara. Lebih banyak insentif akan diberikan kepada premis persendirian termasuk perumahan untuk beralih kepada tenaga solar.

Pengurangan Jejak Karbon

Mendorong projek hijau dan memastikan 20% daripada 10,500 premis awam untuk diperuntukkan bagi projek pemasangan tenaga cekap dan tenaga boleh diperbaharui sebagai sebahagian perbelanjaan infrastruktur berskala besar. Ini akan mengurangkan jejak karbon kerajaan dan merangsang kegiatan ekonomi serta meningkatkan peluang pekerjaan hijau.

Kongsi Artikel Ini: