Memperkasakan Wilayah Sabah & Sarawak menerusi pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963

Kedudukan sama rata Wilayah Sabah, Sarawak, dan Semenanjung akan terus dipelihara dan HARAPAN akan memastikan hak serta keistimewaan yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 serta Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dilaksana seperti yang dimaksudkan.

Perkongsian Hasil

Melaksanakan seperti yang dimaksudkan sebanyak 40% hasil wilayah Sabah dipulangkan berdasarkan formula asal Perkara 112C dan Subseksyen 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal Sarawak, kajian semula hendaklah dibuat seperti yang tertakluk di bawah Perkara 112D Seksyen 3, iaitu setiap lima tahun.

Melaksanakan Syor Laporan IGC

Mengembalikan kuasa melantik Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak kepada Tuan Yang Terutama (TYT) kedua-dua wilayah seperti yang dimaksudkan dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

Memastikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan kesemua 12 dokumen terutamanya IGC dihormati dan mana-mana perkara yang telah bercanggah dengan niat asal perjanjian akan dilaksana seperti yang dimaksudkan.

35% Perwakilan Parlimen Sabah dan Sarawak

Sejajar dengan laporan IGC, memastikan 35% perwakilan Parlimen adalah dari Wilayah Sabah dan Sarawak.

Kongsi Artikel Ini: