Mencipta Peluang Pekerjaan dan Menarik Pelaburan di Sabah & Sarawak

Berlaku peningkatan drastik kadar pengangguran setelah badai pandemik Covid-19 berakhir. Sabah terutamanya mencatatkan kadar pengangguran tinggi sehingga 9% tahun lalu. Sebagai langkah bagi mengurangkan kadar pengangguran, penambahbaikan dari segi kemudahan infrastruktur dan logistik perlu diperhebatkan untuk menarik kemasukan pelabur seterusnya mencipta peluang pekerjaan.

Untuk itu, HARAPAN akan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut bagi membolehkan rakyat Sabah dan Sarawak yang menganggur mendapat pekerjaan untuk menyara keluarga. Kita boleh memastikan masa depan yang gemilang untuk penduduk wilayah Sabah dan Sarawak.

Naik Taraf Pelabuhan

Menaik taraf pelabuhan POIC Lahad Datu dan pelabuhan Sepanggar, serta membina pelabuhan Kudat.

Zon Perdagangan Bebas

Mewarta Zon Perdagangan Bebas di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), POIC Lahad Datu dan Taman Perindustrian Minyak & Gas Sipitang (SOGIP).

Infrastruktur Asas

Kerajaan Persekutuan memainkan peranan penting untuk menyelesaikan masalah infrastruktur asas di semua taman perindustrian di Sabah melibatkan air, elektrik, sistem pembentungan dan jalan perhubungan dengan memberi peruntukan dalam bentuk geran. 

Fasiliti Lapangan Terbang Lengkap

Melengkapkan lapangan terbang utama dengan fasiliti penyimpanan sejuk, fasiliti Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO)  pesawat  dan sebuah taman perindustrian aeroangkasa.

Kongsi Artikel Ini: