Membela Nasib Orang Asal (Sabah & Sarawak dan Semenanjung Malaysia)

Nasib golongan Orang Asal atau Orang Asli di negara ini masih belum mendapat pembelaan dan perhatian yang sewajarnya.

HARAPAN akan memastikan hak-hak orang Asli/Asal seperti yang terkandung dalam Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Hak-hak Masyarakat Orang Asal/Asli (UNDRIP) pada 13 September 2007 akan dibela dan diperjuangkan. 

Perkukuh Hak Tanah Adat

Membela martabat Orang Asal dan memperkukuh hak tanah adat (native customary rights to land) dengan meminda undang-undang dan dasar yang berkaitan.

Tribunal Tanah

Menubuhkan satu Tribunal Tanah (Land Tribunal) untuk mengendalikan pertikaian Hak Tanah Adat.

Penyerahan Geran Tanah

Mempercepatkan proses penyerahan geran tanah kepada Orang Asal yang layak memiliki, dan pengiktirafan hak pegangan tanah adat. Memastikan rakyat memperoleh Geran Tanah menerusi Program Khas Perkhidmatan Negeri Sabah (PANTAS), dengan peruntukan sebanyak RM100 juta setiap tahun sehingga masalah diselesaikan.

Mahkamah Anak Negeri Sabah

Memperkasa dan memperjuang autonomi dan kebebasan Mahkamah Anak Negeri Sabah dengan mewujudkan Jabatan Kehakiman Anak Negeri. Mengiktiraf dan memberi pensijilan kepada kakitangan Mahkamah Anak Negeri menerusi Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN).

Izin Maklum Awal Bebas & Telus

Menerimapakai prinsip Izin Maklum Awal Bebas dan Telus (Free, Prior and Informed Consent) dalam rancangan pembangunan kerajaan yang melibatkan wilayah Orang Asal.

Kongsi Artikel Ini: