Malaysia Gemilang Di Persada Dunia 

Malaysia adalah sebuah negara yang aktif di persada dunia dengan keanggotaan di dalam organisasi antarabangsa seperti PBB, Komanwel, OIC dan NAM. Walaupun sebuah negara kecil, Malaysia berjiwa besar dalam memperjuangkan isu-isu antarabangsa dan pandangan Malaysia dihormati oleh negara lain. Walaupun begitu, kegemilangan negara telah terjejas berikutan beberapa skandal berprofil tinggi antaranya skandal 1MDB yang mendapat […]

Keselamatan Negara

Dalam mendepani cabaran geopolitik masa kini, keselamatan negara telah menjadi satu isu kompleks yang perlu ditangani secara dwipartisan dan cekap dengan menutup ruang kepada salah guna kuasa atau ketirisan. Beberapa insiden yang berlaku berkaitan keselamatan negara kebelakangan ini sepatutnya menjadi iktibar untuk kita menggunakan pendekatan baharu. HARAPAN komited kepada reformasi dalam isu keselamatan negara yang […]

Pendigitalan Kerajaan: Perkasa Penyampaian Perkhidmatan Dan Kurangkan Beban Penjawat Awam

Pada zaman ‘data lebih berharga dari minyak’ dalam dunia digital hari ini, kerajaan Malaysia di bawah Barisan Nasional masih berada di bawah tempurung ‘kerajaan tahu segalanya’ (government knows best). Budaya pentadbiran sedemikian bukan sahaja ketinggalan zaman tetapi juga menjejaskan kepercayaan orang awam (public trust) serta keyakinan pelabur (inventor’s confidence) terhadap Malaysia. Falsafah HARAPAN adalah berbeza. […]

Demokrasi, Ketelusan Dan Keterlibatan Dalam Semua Peringkat Kerajaan

Belanjawan tahunan bandar raya di Malaysia mencecah berbilion ringgit setiap tahun. Belanjawan untuk Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sahaja mencecah RM3 bilion setahun, melebihi belanjawan negeri-negeri seperti Selangor (RM2.34 bilion), Johor (RM1.95 bilion) dan Perlis (RM306.83 juta). Walaupun dengan perbelanjaan yang besar ini, rakyat di bandar-bandar besar masih tidak memiliki hak untuk memilih kerajaan tempatan, termasuklah […]

Mencipta Peluang Pekerjaan dan Menarik Pelaburan di Sabah & Sarawak

Berlaku peningkatan drastik kadar pengangguran setelah badai pandemik Covid-19 berakhir. Sabah terutamanya mencatatkan kadar pengangguran tinggi sehingga 9% tahun lalu. Sebagai langkah bagi mengurangkan kadar pengangguran, penambahbaikan dari segi kemudahan infrastruktur dan logistik perlu diperhebatkan untuk menarik kemasukan pelabur seterusnya mencipta peluang pekerjaan. Untuk itu, HARAPAN akan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut bagi membolehkan rakyat Sabah dan […]

Menyelesaikan Pelbagai Isu Kebanjiran Warga Asing di Sabah

Sempadan yang poros mendedahkan Sabah kepada kemasukan warga asing ke wilayah ini. Kebanjiran warga asing tanpa dokumen yang berleluasa boleh menjurus kepada masalah sosioekonomi yang akan menjejaskan pembangunan wilayah Sabah secara keseluruhan. Justeru satu pelan tindakan bersepadu diperlukan bagi mencari penyelesaian tuntas terhadap permasalahan ini. HARAPAN memperakui hakikat bahawa terdapat empat (4) kategori utama dalam […]

Desentralisasi Kuasa kepada Wilayah Sabah & Sarawak 

Pembuatan keputusan mengenai perkara penting lazimnya berpusat. Polisi-polisi yang diterbitkan seringkali tersasar daripada keperluan demografi wilayah Sabah dan Sarawak. Amalan ini perlu diubah dan caranya adalah melalui desentralisasi kuasa di peringkat akar umbi dan perjawatan awam. Autonomi Pendidikan & Kesihatan Memperkasa peranan Kerajaan Wilayah dalam bidang Pendidikan dan Kesihatan menerusi pindaan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan […]

Memperkasakan Wilayah Sabah & Sarawak menerusi pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963

Kedudukan sama rata Wilayah Sabah, Sarawak, dan Semenanjung akan terus dipelihara dan HARAPAN akan memastikan hak serta keistimewaan yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 serta Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dilaksana seperti yang dimaksudkan. Perkongsian Hasil Melaksanakan seperti yang dimaksudkan sebanyak 40% hasil wilayah Sabah dipulangkan berdasarkan formula asal Perkara 112C dan Subseksyen 2(1) Bahagian […]

Merapatkan Jurang Pembangunan Wilayah Sabah, Sarawak, dan Semenanjung

Pembangunan Wilayah Sabah dan Sarawak masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan wilayah Semenanjung. HARAPAN akan berusaha untuk merapatkan jurang pembangunan antara Wilayah Sabah dan Sarawak dengan Wilayah Semenanjung. Aspek pembangunan bakat dan peningkatan akses kesihatan akan menjadi teras kepada pelaksanaan ini. Majlis Penyelarasan Pentadbiran Negara Menubuhkan Majlis Penyelarasan Pentadbiran Negara melibatkan agensi yang beroperasi secara […]

Membela Nasib Orang Asal (Sabah & Sarawak dan Semenanjung Malaysia)

Nasib golongan Orang Asal atau Orang Asli di negara ini masih belum mendapat pembelaan dan perhatian yang sewajarnya. HARAPAN akan memastikan hak-hak orang Asli/Asal seperti yang terkandung dalam Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Hak-hak Masyarakat Orang Asal/Asli (UNDRIP) pada 13 September 2007 akan dibela dan diperjuangkan.  Perkukuh Hak Tanah Adat Membela martabat Orang Asal dan […]