Meningkatkan Capaian Internet

Hari ini sambungan internet jalur lebar ultra pantas menjadi asas kritikal ekonomi digital dan perkhidmatan sosioekonomi. Sambungan berkelajuan tinggi membolehkan orang ramai melibatkan diri dalam e-dagang, menstrim video bagi proses pembelajaran dan melaksanakan pelbagai urusan harian yang lain. Tanpa jalur lebar, inovasi seperti kecerdasan buatan, Internet-of-Things dan Industri 4.0 tidak akan dapat dilaksanakan. Tanpa akses […]
Reformasi Kesihatan

Kesihatan awam berkait rapat dengan kesejahteraan rakyat. Malaysia diperakui sebagai salah sebuah negara dengan penjagaan kesihatan awam yang baik dan mampu diakses oleh semua. Namun selaras dengan pembangunan semasa dan pertambahan populasi, sudah muncul bibit-bibit penjagaan kesihatan awam dilihat semakin meregang (overstretched). Pandemik COVID-19 telah menguji daya tahan dan mendedahkan kepincangan sektor penjagaan kesihatan awam. […]
Menjamin Kebebasan Media dan Hak Bersuara

Salah satu petunjuk penting demokrasi adalah keupayaan media untuk melaporkan secara bebas mengenai isu semasa yang bersifat kepentingan awam. Fungsi penting demokrasi ini akan rosak apabila kebebasan media dihadkan dan kesan buruknya akan menyebabkan pemimpin dan rakyat tidak lagi mempunyai akses kepada maklumat yang benar. HARAPAN komited untuk memastikan salah satu benteng utama demokrasi seperti […]
Memperkasa Sistem Demokrasi dan Kuasa Rakyat

Perebutan kuasa yang bersilih ganti ketika pentadbiran Barisan-Perikatan Nasional terutamanya ketika pandemik masih lagi mengganas telah mengakibatkan kelesuan politik dalam kalangan orang awam. Namun, keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi dapat dipulihkan dengan melaksanakan penambahbaikan yang dapat menyempurnakan hasrat mereka. HARAPAN akan meneruskan usaha memperkasa kuasa rakyat dengan memastikan kebebasan Parlimen, mengawalselia pendanaan parti politik dan […]
Mengukuhkan Integriti Institusi

Tanpa proses semak imbang yang menyeluruh, pentadbiran negara akan terdedah kepada salah guna kuasa dan penyelewengan. Hal ini membuka ruang kepada kleptokrat dan ahli-ahli politik yang mementingkan diri membolot jawatan, memusatkan kuasa, dan mengumpul kekayaan melampau lantas merugikan rakyat. HARAPAN akan terus mempertahankan integriti sistem pentadbiran Malaysia dengan mengehadkan kuasa badan eksekutif, menjamin kebebasan institusi […]
Memerangi Rasuah

Kita pernah melalui episod hitam rasuah yang menjejaskan demokrasi, kedaulatan undang-undang dan pembangunan ekonomi negara ini. Kejayaan rakyat menumbangkan rejim yang bergelumang dengan rasuah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan langkah pertama ke arah membebaskan Malaysia dari belenggu rasuah. Namun kemelut politik yang berlaku selepas itu dan pertukaran kerajaan yang bersilih ganti menunjukkan unsur-unsur […]
Membela Nasib Orang Kurang Upaya (OKU)

Golongan OKU merangkumi 15% daripada keseluruhan rakyat Malaysia. Oleh itu mereka tidak sewajarnya dipinggirkan dalam usaha pembangunan negara. Walaupun berdepan halangan fizikal dan mental, golongan OKU berhak memainkan peranan dalam bidang sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. HARAPAN menyedari bahawa penyediaan dasar dan persekitaran yang kondusif kepada golongan OKU adalah perlu agar peranan mereka tidak tersisih. […]
Hidup Selesa di Usia Emas

Jangka hayat rakyat Malaysia pada masa kini adalah 70.8 tahun untuk lelaki dan 75.6 tahun untuk wanita. Dengan had umur persaraan wajib pada 60 tahun, warga emas akan menjalani kehidupan tanpa pekerjaan dan sumber pendapatan tetap sekitar 10 hingga 15 tahun lagi. Tanpa simpanan hari tua yang cukup, rakyat Malaysia di usia emas berdepan dengan […]
Memantapkan Pembangunan Wanita dan Institusi Keluarga

Pasca pandemik, wanita bekerja dan berkorban lebih hebat untuk diri dan keluarga. Walaubagaimana pun hari ini wanita masih berdepan dengan isu ketaksamaan gender dan pencabulan hak yang berterusan. Untuk menangani realiti ini, polisi berasaskan keperluan harus segera digerakkan untuk membela kehidupan bermaruah dan memperjuang kesejahteraan pembangunan kehidupan wanita. Dalam konteks pembinaan negara bangsa, kesejahteraan wanita […]
Menjamin Kesejahteraan Kanak-Kanak

Berdasarkan statistik penduduk pada 2021, kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dianggarkan berjumlah 9.13 juta iaitu 28% daripada keseluruhan populasi di Malaysia. Menghampiri satu pertiga daripada jumlah keseluruhan rakyat, mereka berhak memiliki permulaan terbaik, mereka berhak gembira, mereka berhak bahagia dan mereka berhak sihat sesuai dengan usia mereka. Memastikan perkembangan kanak-kanak dan remaja terjamin akan […]