Ekonomi Manusiawi

Mengikut takrifan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan peratusan penduduk berumur 65 tahun dan ke atas melebihi 7%, negara kita kini tergolong sebagai negara menua (ageing nation). Mengikut trajektori kadar kelahiran kasar, kadar kesuburan dan kadar kematian kasar, Malaysia diunjurkan bakal menjadi negara tua menjelang tahun 2045, dimana lebih 17% warga Malaysia berumur 80 tahun ke […]

Menaik Taraf Bidang Teknikal dan Vokasional (TVET)

Menjelang tahun 2030, Malaysia sepatutnya menjadi negara berpendapatan tinggi dengan purata pertumbuhan ekonomi yang menawarkan keterbukaan kepada perdagangan dan pelaburan. Ini bermakna potensi penciptaan pekerjaan dan pertumbuhan pendapatan memungkinkan lebih banyak guna tenaga berkemahiran di masa depan. Untuk mencapai tujuan negara berpendapatan tinggi dengan guna tenaga berkemahiran ini, TVET harus dimartabatkan menjadi sebuah institusi yang […]

Belia Harapan Negara

Belia adalah harapan untuk negara, tetapi dalam membina harapan kita juga perlukan asas yang baik. Dasar-dasar berkaitan belia mestilah fokus kepada mencambah perkembangan dan kemajuan golongan belia. HARAPAN percaya kita boleh mencorak Malaysia menjadi tempat yang terbaik untuk golongan belia berkembang maju. Justeru, kami menggariskan dasar-dasar untuk merealisasikan harapan negara melalui pemerkasaan belia. Kad Belia […]

Memperkasa Peluang Ekonomi Belia

Golongan belia merupakan asas kepada masa hadapan negara. Memperkasakan golongan belia boleh dilakukan antaranya dengan membuka peluang keterlibatan ekonomi untuk belia. Penyertaan belia di dalam ekonomi akan memberikan kesan limpah berlipat ganda yang menjana pertumbuhan. HARAPAN berazam untuk memudahkan akses golongan belia menjadi sebahagian dari kegiatan ekonomi negara. Antaranya dengan menyediakan bantuan atau insentif merangkumi […]

Kediaman Harapan Untuk Rakyat 

Ketiadaan tempat berteduh masih menjadi satu rintangan besar buat rakyat. Setiap dari kita memerlukan rumah kediaman bagi membina kehidupan dan keluarga yang bahagia. Memastikan wujudnya rumah mampu milik dan mampu sewa yang berkualiti dan lengkap adalah sebahagian dari komitmen HARAPAN dalam membina Malaysia yang lebih baik. Kami akan berusaha untuk menyediakan rumah yang menepati rekabentuk […]

Menjamin Kebajikan Pekerja

Pandemik COVID-19 menyaksikan perubahan besar dalam sektor tenaga kerja. Ada yang terpaksa berhijrah ke pekerjaan baharu dan ada yang tidak bernasib baik sehingga hilang pekerjaan. Kadar pengangguran mencatatkan lonjakan dari 3.3% pada tahun 2019 ke 4.6% pada tahun 2021. Tanpa pekerjaan, rakyat tiada pendapatan dan kerancakan ekonomi negara boleh terjejas. HARAPAN bertekad untuk mencipta lebih […]

Membasmi Kemiskinan 

Pandemik COVID-19 telah meningkatkan kadar kemiskinan mutlak di Malaysia dari 5.6% pada tahun 2019 ke 8.4% (2020). Sejumlah 12.5% dari isi rumah dilaporkan memperoleh pendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan. Pandemik juga mengubah komposisi kumpulan pendapatan apabila 20% isi rumah M40 tergelincir ke kategori B40. MEMBASMI KEMISKINAN DI SETIAP PERINGKAT HARAPAN berazam untuk membasmi kemiskinan agar […]

Jaminan Keselamatan Makanan 

Negara telah beberapa kali berdepan dengan krisis makanan serius berpunca dari pengeluaran yang terhad atau kesan bencana alam seperti banjir. Ketiadaan bekalan makanan bukan sahaja menyebabkan kenaikan harga tetapi juga menjerumus kepada masalah nutrisi. Menjamin keselamatan makanan tidak terhad sekadar memastikan pengeluaran makanan yang cukup. Ia perlu merangkumi aspek kebajikan pemain individu seperti petani, nelayan […]

Menangani Isu Kos Sara Hidup

Pasca pandemik COVID-19, rakyat kini berdepan dengan isu kos sara hidup yang membebankan. Tahun 2021 mencatatkan kadar inflasi sebanyak 2.1% dan ia meningkat kepada 4.7% untuk tempoh Januari hingga Ogos 2022. Kenaikan kadar inflasi berpunca dari permintaan yang tinggi, kenaikan harga komoditi dan gangguan rantaian bekalan. Kita boleh menangani isu kos sara hidup dengan mengambil […]