Menjamin Kesejahteraan dan Daya Saing Rakyat Malaysia

Faktor-faktor geografi, kelas sosioekonomi, latar belakang, dan etnik serba-serbi membentuk perkembangan sesebuah komuniti dan individu. Kesenjangan sistem sedia ada mengehadkan akses sebahagian komuniti ini khususnya masyarakat India, Orang Asli dan Orang Asal kepada kemudahan asas, pendidikan berkualiti, peluang kerjaya dan kediaman selesa yang menjadi elemen penting bagi meningkatkan mobiliti sosial dan taraf hidup mereka. Intervensi […]
Pembangunan Industri Kreatif dan Budaya Negara

Sejarah dunia memperlihatkan tamadun yang bergerak maju semuanya mempunyai sejarah yang hebat berkaitan perkembangan budaya kreatif. Malaysia yang kaya dari sudut seni dan budaya kerana kepelbagaian kaum dan adat adalah Malaysia yang berbudaya dengan warga kreatif dan seniman yang hidup dalam kesatuan. Untuk memelihara industri kreatif dan tradisi kesenian yang pelbagai ini semua kanak-kanak harus […]
Memacu Ekonomi Sukan

Sektor sukan berpotensi memacu ekonomi negara menerusi pelaburan strategik dan penyusunan semula kerangka pembangunan ekosistem ini. Kemudahan infrastruktur, pengurusan kebajikan dan perlindungan atlet, penglibatan pemegang taruh, perancangan rapi bagi menggilap bakat di setiap peringkat dalam masyarakat adalah faktor-faktor penting bagi menjadikan sukan sebagai salah satu pemacu utama kemakmuran Malaysia. HARAPAN akan terus memartabatkan sukan negara […]
Memperkasa PMKS(MSME) & Usahawan

Pandemik COVID-19 menyaksikan sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menjadi antara sektor yang paling terjejas teruk. Walaupun pandemik telah berakhir, sektor PMKS masih belum mampu bangkit sepenuhnya. Kita boleh memulihkan sektor PMKS melalui dasar-dasar yang menyokong pertumbuhan kembali sektor ini. Pemulihan dan pertumbuhan PMKS perlu mengambil kira daya tahan bagi memastikan PMKS bersedia menghadapi […]
Merancakkan Perindustrian

Malaysia adalah destinasi pelaburan utama dalam sektor perindustrian di rantau ASEAN. Disokong oleh ekosistem ekonomi yang pelbagai serta menyeluruh, tenaga kerja berpendidikan dan sektor kewangan yang kukuh, negara kita mempunyai keupayaan menarik pelaburan dan industri yang menjadikan Malaysia sebagai pilihan utama mereka. Namun, perkembangan ekonomi serantau menyaksikan kemunculan jiran serantau yang kini berpotensi menarik pelaburan […]
Ekonomi MADANI

Pilihan raya kali ini adalah mengenai krisis sara hidup dan perubahan iklim yang mencemaskan. Sama ada kita bersedia atau tidak, kita berada di ambang perubahan yang tidak dapat dihalang. Secara radikal, mahu atau tidak kita harus meningkatkan taraf hidup dengan mengubah ekonomi kita menjadi ekonomi rendah karbon yang kaya dengan pekerjaan yang lebih adil dan […]
Pemeliharaan Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan khazanah yang dikurniakan sebagai amanah untuk dipelihara. Krisis iklim, jika tidak diurus dengan tuntas, bakal menjejaskan kesejahteraan masa depan anak bangsa. HARAPAN menggariskan beberapa isu penting melibatkan kecemasan iklim, mencari formula terbaik sebagai rencana untuk daya tahan iklim dan tebatan banjir, menggerakkan negara ke arah pelepasan bersih sifar karbon (net-zero emissions) sambil […]
Ketahanan Bencana

Tragedi bah besar yang melanda hampir seluruh negara pada penghujung 2021 dan awal 2022 merupakan satu episod tragis yang telah mengorbankan 54 nyawa dan 2 kehilangan. Bencana ini turut mengakibatkan lebih 71,000 penduduk hilang tempat tinggal dan sekitar 125,000 yang lain terjejas kehidupan, dengan kerugian ekonomi dianggarkan mencecah RM6.5 bilion. Insiden ini adalah peringatan tentang […]
Reformasi Pendidikan

Pandemik COVID -19 yang lalu telah mendedahkan kelemahan sistem pendidikan nasional. Paling ketara, jurang antara kelas telah menyebabkan peluang pendidikan tidak setara ketika sekolah ditutup akibat PKP. Pasca Pandemik, fokus reformasi pendidikan adalah untuk merapatkan jurang, meningkatkan kualiti, memastikan kebajikan guru menjadi teras utama serta menjadikan Pendidikan Tinggi sebagai kesinambungan kepada peluang masa depan yang […]
Meningkatkan Liputan Pengangkutan Awam

Pengangkutan awam yang cekap, mudah diakses kepada setiap lapisan masyarakat dan mampu milik serta mudah diselenggara adalah impian rakyat di mana-mana negara. Tetapi di Malaysia pembangunan infrastruktur pengangkutan yang memberikan keutamaan kepada pemilikan kenderaan persendirian telah mengakibatkan pengangkutan awam dianak tirikan. Natijahnya rakyat Malaysia khususnya yang tinggal di Lembah Klang dan bandar lain terpaksa bergantung […]