Jangka hayat rakyat Malaysia pada masa kini adalah 70.8 tahun untuk lelaki dan 75.6 tahun untuk wanita. Dengan had umur persaraan wajib pada 60 tahun, warga emas akan menjalani kehidupan tanpa pekerjaan dan sumber pendapatan tetap sekitar 10 hingga 15 tahun lagi. Tanpa simpanan hari tua yang cukup, rakyat Malaysia di usia emas berdepan dengan risiko masalah kewangan ketika hayatnya.
HARAPAN melihat serius permasalahan ini apatah lagi Malaysia kini dalam status negara menua. Kita boleh mengatasi risiko masalah kewangan dan mewujudkan satu kehidupan selesa kepada rakyat Malaysia yang kini meniti usia emas.
Skim Mesra Usia Emas
Penyediaan skim-skim yang mesra kepada warga di usia emas. Ianya merangkumi baucer Jom Shopping bernilai RM100, Khairat Kematian bernilai RM1,000 dan Jom Travel yang menyediakan pengangkutan bas percuma kepada warga emas mengunjungi pusat pelancongan tempatan.
Pengangkutan Awam Percuma
Perjalanan pengangkutan awam percuma bagi golongan warga emas berbanding diskaun 50% pada masa kini.
Akta Warga Emas Dan Dasar Penuaan Aktif
Menggubal Akta Warga Emas dan menekan kepentingan Dasar Penuaan Aktif (Active Aging Policy).
Elaun Penjagaan Warga Emas
Mengiktiraf tanggungjawab penjagaan warga emas setaraf dengan piawaian antarabangsa serta memperuntukkan elaun khas bagi golongan “caretaker” dan insentif kewangan bagi keluarga M40 dan B40 yang menjaga ahli keluarga dari golongan warga emas.
Pusat Penjagaan
Mewajibkan penubuhan pusat aktiviti warga emas atau pusat harian warga emas dalam pelan rancangan tempatan dan pelan pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan.
Insentif Dan Bantuan Khusus
Insentif pelepasan cukai serta bantuan kewangan bagi majikan yang melatih dan mengambil golongan warga emas untuk bekerja.
Kewarganegaraan Automatik
Kewarganegaraan Malaysia secara automatik bagi golongan warga emas (60 tahun) yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak yang berstatus warganegara Malaysia.
Agensi/Jabatan Warga Emas
Penubuhan Agensi/Jabatan Warga Emas yang akan memberikan lebih perhatian dalam menjaga kebajikan dan menangani permasalahan berkaitan warga emas.
Penstrukturan Semula PERKESO
Penstrukturan semula PERKESO untuk memasukkan Skim Perlindungan Warga Emas sebagai jaringan keselamatan untuk memastikan golongan ini mempunyai perlindungan walaupun selepas usia persaraan.