Menaik Taraf Bidang Teknikal dan Vokasional (TVET)

Menjelang tahun 2030, Malaysia sepatutnya menjadi negara berpendapatan tinggi dengan purata pertumbuhan ekonomi yang menawarkan keterbukaan kepada perdagangan dan pelaburan. Ini bermakna potensi penciptaan pekerjaan dan pertumbuhan pendapatan memungkinkan lebih banyak guna tenaga berkemahiran di masa depan.

Untuk mencapai tujuan negara berpendapatan tinggi dengan guna tenaga berkemahiran ini, TVET harus dimartabatkan menjadi sebuah institusi yang boleh memperkenalkan kemahiran baharu, meningkatkan kemahiran sedia ada dan meningkatkan peluang kerja dan gaji yang bermaruah. Ini bermakna teknologi yang digunakan dalam latihan kerja perlu ditambah baik, kawalan kualiti perlu ditingkatkan, guru diperkasa dan suasana persekitaran pengajaran dan pengurusan sumber perlu lebih efisien.

‘Zero Reject Policy’

Melaksanakan dasar ‘Tiada Diskriminasi, Tiada Penolakan’ untuk semua pendaftaran ke dalam sistem TVET

Penyelaras Bebas

Menubuhkan badan kuasa berpusat bebas dengan penglibatan Persatuan-persatuan Perdagangan dan Persatuan-persatuan Pengamal untuk menguruskan institusi TVET. Ini secara tidak langsung memastikan bahawa proses akreditasi dapat diselaraskan.

Kerjasama Industri Melalui Konsep ‘Place to Train’

Bekerjasama dengan pemain industri yang memberi khidmat dalam sektor berkaitan TVET untuk melatih para pelatih berdasarkan konsep menempat dan melatih(‘Place to Train’) dan memberi mereka akreditasi yang setimpal. Lebih banyak pusat latihan TVET akan dibina di kawasan yang tidak mempunyai rakan strategik industri yang relevan untuk memudahkan akses kepada latihan.

OpenCreds

Menggunakan rangka kerja ‘OpenCreds’ untuk memudahkan dan memperkasa pelajar TVET, perantis, pengamal, jurulatih, dan pekerja profesional supaya mereka dapat memperoleh dan mencapai akreditasi akademik setara sarjana muda dan seterusnya dalam bidang kerjaya mereka di masa depan.

‘School to Work Transition’

Memudahkan program peralihan ‘Sekolah Ke Tempat Kerja’ untuk melahirkan lebih ramai pelajar sekolah terlibat secara terus dengan dunia pekerjaan dan berpeluang untuk mendapat peluang pekerjaan yang lebih bermaruah berdasarkan kemahiran.

Kongsi Artikel Ini: